Menyemak...
{1}
##LOC[OK]##
{1}
##LOC[OK]## ##LOC[Cancel]##
{1}
##LOC[OK]## ##LOC[Cancel]##
Sistem Semakan Online Laman Utama
Pendaftaran Baru
Log Masuk
SOALAN LAZIM

  • STATUS REPOT
  •  
    Q : Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan repot?
    A : Setelah Berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon "Status Repot" dan masukkan "No. Repot polis" yang telah dibuat ke atas No. Kad Pengenalan anda.
     
    Q : Adakah saya boleh membuat semakan repot ke atas repot orang lain?
    A : Tidak. Anda hanya dibenarkan membuat semakan terhadap repot yang didaftarkan menggunakan No. Kad Pengenalan anda sahaja.
     
     
  • STATUS SAMAN
  •  
    Q : Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan saman trafik?
    A : Setelah Berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon "Status Saman" dan anda boleh membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda.
     
    Q : Bolehkah saya membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan orang lain?
    A : Tidak. Anda hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kad Pengenalan anda sahaja.
     
    Q : Bolehkan saya membuat semakan saman ke atas No. Kenderaan orang lain?
    A : Tidak. Anda hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kenderaan yang didaftarkan menggunakan No. Kad Pengenalan anda sahaja.
     
    Q : Bolehkah saya membayar saman dengan kaedah online?
    A : Boleh. Anda boleh membuat pembayaran saman melalui MyBayar, MyEG dan Rilek.com.my.
     
    Q : Bagaimana kaedah atau saluran pembayaran saman?
    A : Kaedah Pembayaran Saman adalah seperti berikut:-
     
    • Tunai
    • Kad Kredit
    • Wang Pos
    • Bank Draf
     
    Saluran Pembayaran Saman adalah seperti berikut:-
     
    • Kaunter Trafik
    • Kaunter Pos Malaysia
    • MyEG   (www.myeg.com.my)
    • RILEK   (www.rilek.com.my)
    • MyBayar
    • Mesin ATM Maybank
     
     
     
  • STATUS PENGAMBILAN
  •  
    Q : Bagaimanakah cara untuk saya membuat semakan status pengambilan?
    A : Setelah berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon " Status Pengambilan" dan anda boleh membuat semakan pengambilan jawatan PDRM menggunakan No. Kad Pengenalan anda.
     
    Q : Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menghadiri ujian fizikal?
    A : Calon yang dipanggil perlulah membuat beberapa persediaan penting seperti berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan semasa menjalani ujian fizikal.
     
    Q : Apakah persediaan yang perlu dibuat bagi calon yang berjaya untuk temuduga?
    A : Calon-calon perlu membuat persiapan seperti mengetahui isu-isu semasa dan terkini, perkembangan dan carta organisasi PDRM; membuat persiapan fizikal dan mental, menunjukkan kesungguhan dan keinginan yang tinggi untuk menyertai pasukan PDRM.
     
    Q : Jika saya mempunyai sebarang kemusyikan lain mengenai pengambilan di dalam PDRM, saluran manakah yang boleh saya hubungi?
    A : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan, anda boleh menghubungi Unit Pengambilan, Bukit Aman di talian 03-22668350/8351.
     
     
     
     
  • MASALAH TEKNIKAL
  •  
    Q : Kenapa hanya paparan kosong yang keluar setelah saya log masuk ke sistem ini?
    A : Kadangkala sistem tergendala atau loading terlalu perlahan disebabkan oleh gangguan rangkaian. Jika ini berlaku sila log masuk kembali.
     
    Q : Kenapa skrin saya kembali ke laman utama sedangkan saya sedang melayarinya?
    A : Anda mungkin membiarkan halaman begitu sahaja dalam tempoh yang lama. Anda perlu log masuk kembali untuk terus melayari sistem.
     



    Jumlah Capaian : 13,881,223
    [Maklum Balas] [Manual Pengguna] [Soalan Lazim]

    Paparan laman web ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1280x800.
    Hak Cipta © PDRM.